Saturday, 7 December 2013

Final Year Project

Assalamualaikum.. 
Ada readers lagi ke blog ni? Lama betul tak update, tahap kemalasan melampau nak update. Tambah sekarang memang sibuk mengalahkan Perdana Menteri (aku yang katalah kan, hihi)..


So tajuk hari ni Final Year Project (FYP). FYP sama je dengan thesis, just panggilan dia je lain. Ada certain universiti panggil thesis, and bla bla bla.. 9 September hari tu finalize tajuk kami as 4th year students. Before kejadian, kami diminta buat selection sebanyak 5 tajuk pilihan, ikut suka hatilah nak pilih tajuk apa pun. Tapi tajuk yang dah di"list"kan dalam senarai, ada lebih kurang 45 tajuk. If i'm not mistakenlah, dah lupa. Aku pilih 5 tajuk, kesemua tajuk pilihan aku tak ada lansung deal dengan microbes. Haa, memang aku taknak tajuk deal dengan microbes. Salah satu sebabnya sebab aku rasa microbes payah nak cultures then selalu contaminate. Itu kalau kita jenis yang tak ikut guidelines time handling the culture tu. Tajuk pilihan aku more to biofuel, antioxidant and no steps in fermentation. At the last aku dapat tajuk "Separation of NaCl by reverse osmosis". Hek hek tajuk dengar simple je kan, kira aku buat R.O water lah. Dengar kata supervisor(SV) project aku ni kena dealing dengan kilang gula kat Chuping. Tapiiiiiiii, sebab problem dengan R.O machine (katanya result out, memang tak boleh pakai punya result) so aku kena tukar tajuk. 


Tajuk kedua aku pulak "Separation of acetic acid using liquid-liquid extraction". Okay, takpelah dimaafkan tukar tajuk sebab machine tu rosak. Aku semangat cari information tentang acetic acid, LLE unit. Tiba-tiba SV sms aku kata "hiadayah awak tukar tajuklah, buat tajuk tentang butanol". Ok fine, aku nak tak nak terpaksa tukar, takkan aku nak buat keras kepala kan? Makanya, tajuk ketiga aku ialah "Butanol recovery from ABE mixture using a pilot scale extraction column". Tajuk ni memang tajuk biofuel! Kira aku kena cari alternatif lain untuk produce and recover butanol. But i did'nt make a fermentation process. Aku just mixed up all prepared chemicals (modelling) --> ABE mixtures. Paham ke apa aku bebel ni? Mesti takkan?hihi, Kalau nak paham tunggu aku siap buat Thesis ya =D.

Aku pulun siapkan proposal, siang malam tak cukup tido. Dah macam zombie, tapi kadang-kadang kalau aku rasa nak tido aku masuk je bilik letak kepala terus tido. Jadi 4th year student ni memang dramatic sangat, bukan FYP je projectnya. Aku ada banyak project, Plant Design =..=', Integrated project tak termasuk test, presentation and proposal defence. Banyak dah tak terkata, sampai kadang-kadang aku tak endah sangat waktu makan. Ramai yang dah tegur, dayah makin kuruslah sekarang. Allah, tak suka dengar. Tapi aku jadi tak selera makan, entah. Tak tahulah kenapa tak nak makan, tido pun lewat malam kadang-kadang lepas subuh baru nak tido (kerja still tak siap. Pagi pukul 8- 10 dah ada kelas, dahsyat sungguh aku kerah badan.

Tapi yang paling sedih, aku pulun-pulun siapkan tajuk ketiga tu. Hari selasa nak kena hantar final draf, hari Isnin aku datang jumpa SV. Tengah bincang-bincang sekali SV kata macam ni "saya rasa awak kena tukar tajuklah, tapi kalau awak nak teruskan juga tajuk ni awak kena betul-betul defence tajuk ni". Allah dugaan apa lagi ni, esok nak hantar tau? Mana mungkin aku dapat siapkan proposal dalam masa kurang 24 jam. TIDAK!! Akhirnya memang aku tukar tajuk untuk kesekian kalinya, tajuk ke-4. "Separation of Butanol-water mixtures using single stage liquid-liquid extraction". Bayangkan bertapa pilu sedih tak terkatanya hatiku. Aku sms coordinator, aku mintak tolong extendkan masa untuk aku siapkan proposal tajuk baru. Menangis aku sorang-sorang dalam bilik air, penat tahu tak. Sangat penat! Coordinator reply sms, "Saya bagi masa sampai hari Khamis. Hari Khamis hantar di Pejabat saya sebelum pukul 11 pagi". Menagis air mata darah.

Pukul 3 pagi aku pulun duk download and baca jurnal. ZZzzz
3 hari 3 malam aku tido 2 jam, kadang-kadang sejam. Seriusly aku tak tido sangat. Siang kelas, malam aku bergelumang dengan proposal tajuk baru. Time tu aku doa "Wahai ALLAH, aku dah tak larat nak baiki. Moga ini last tajuk aku tukar."- Sambil kesat air mata. hewhewhew Tragik sangat. hihi Aku cuba sedaya upaya siapkan, orang lain dah sedap tido aku pagi-pagi buta duduk download jurnal. duduk edit proposal, nak tido! Tapi ada kerja yang aku mesti dahulukan sebelum tido (T_T). Alhamdulillah pukul 7.45 pagi aku siap proposal baru. Time tu ting-tong tahap dewa! Aku decide mandi dulu then baru aku tido. Pukul 10 ada kelas, tapi before pukul 11 kena hantar proposal. Aku tido sejam je, 8-9pagi. Bangun-bangun siap terus hantar proposal, mulanya aku nak skip kelas pukul 10 tu. Tapi aku fikir dah alang-alang ada kat school baik aku pergi kelas je, aku rasa hari tu paling serabai. Paling buruk muka paling huru hara hari. Siap juga akhirnya, tapi dalam masa 3 hari. Aku tak tahu macam mana rupanya, orang lain 2 bulan lebih siapkan proposal. Aku siapkan proposal 3 hari, sedih tahu tak!

Now, Alhamdulillah aku dah siap hantar Final correction. Dah habis Proposal Defence. Tapi entahlah, aku tak tahu hasilnya macam mana. Sedih memang sedih, tapi aku kena redha. Dah usaha, dah buat sebaik mungkin (ye ye je, aku tak puas hati!) tinggal tawakal dan berserah saja. Readers yang baca entri kali ni, tolong ye doakan aku dipermudahkan. Semester depan dah start dengan thesis writting and experiment.

Gelak sensorang aku tengok gambau ni,
yelah yelah kami macam nilah sekarang. >_<


Salam sayang semua. xoxo =D

Friday, 6 September 2013

Intership #1

              Assalamualaikum semua, apa khabar? Lama betul dayah tak jengah blog ni, bersawang dah. Almaklumlah, sejak format laptop rasa tawar hati nak jengah. Bukan apa, entry yang lepas dayah ada janji nak update pasal jalan-jalan kat Tahiland. Tapi belum sempat entry tu siap, semua gambar jenjalan kat Thai hilang. Padahal dayah dah save gambar-gambar tu, tapi dayah tak tahu macam mana boleh hilang. Allah saja tahu bertapa sedihnya hati ni, bukan selalu pun jejak kaki ke negara orang tambahan lagi free. Sekali semua gambar dalam masa 5 hari di Thai hilang sekelip mata. Bukan rezeki, husnuzon ya hidayah wan. =)

             Entry kali ni dayah nak cerita tentang "Intership". Apa tu intership? Intership tu adalah latihan industri atau dalam kata lain praktikal. Ada juga orang panggil "training". Di UniMAP, student tahun 3 akan melakukan intership pada akhir semester kedua. Apa yang dorang ni kena buat? First, student akan hadirkan diri ke taklimat latihan industri (l.i). Dalam taklimat tu, koordinator akan brief sedikit sebanyak tentang buku log, resume,borang intra, borang maklum balas, dan report. Next, student akan hadir ke talk latihan industri. Di sini pihak UniMAP akan menjemput beberapa orang panel dan senior-senior yang telah menjalani praktikal berkongsi pandangan, pendapat dan menceritakan pengalaman mereka. Disamping itu, student juga didedahkan cara untuk berinteraksi dan menjadi pekerja yang lebih baik. Wahhh, bunyi kemain lagi kau! hihi . Seterusnya koordinator akan "upload" senarai nama company berserta nombor telefon untuk dihubungi. selain itu, student boleh usaha cari sendiri tempat intership yang dorang suka!. Time tu semua dah sibuk siapkan resume memasing.Siap menampal gambar yang sehabis skema senyum macam kambing berlatar belakang papan biru. kheeelas gituuuu ^_^. Maka sesi telefon menelefon pakcik makcik kat semua company pilihan bermula, top up kredit bukan main banyak. Mana taknya, kalau jenis syarikat yang pakai operator caj panggilannya ya ampun, mahal!!

              Pendek cerita, dayah dapat intership di JKMM. Apa tu? Kat mana tu?? JKMM stands for Jabatan Ketua Menteri Melaka. Maknanya kat MELAKA Bandar Bersejarah lah. Oh ya, bukan dayah sorang tau kat sini. Ada 3 orang lagi kengkawan dayah yang intern setempat. Taklah rasa awkward sangat kan? Mesti ada yang cakap, mak ai jauh kemain dayah mintak tempat praktikal. Bukan apa nyah oi, dayah dah banyak apply kat Kuantan tapi satu pun tak dapat. Sedih, sadis nak nangis guling-guling rasanya bila tahu kena reject application kat Kuantan! Mula fikir entah apa-apa time tu. 

Mila. Dayah. Pika
First time jejakkan kaki kat Pantai Tanjung Bidara.
 Kilang TBE tu dekat dengan pantai ni dan Pengkalan Balak
            Dayah start intership 17 Jun hingga 8 September 2013. Hari ni 6 September 2013, maka sudah sampai ke penghujungnya internship dayah. Hoooraaayy! Dua minggu di JKMM kami 4 orang tak tahu nak buat apa, iyelah tempat inter kami macam tak suit dengan kos kami belajar. Tambah dengan jerebu yang menjadi-jadi, banyak sungguh dugaan. Kami decide tukar tempat intership baru. So, kami minta kad buisnes dari pegawai di Unit R&D dan kami try call satu demi satu kilang yang ada kat Melaka ni. Alhamdulillah usaha kami berhasil, kami berempat dapat tawaran intership di Tropical Bioessence Sdn. Bhd. Mak ai, kemain jauh. Korang pernah dengar TBE? Itu hah kat Masjid Tanah! Kalau korang nak tahu apa dayah buat kat TBE dan macam mana dayah survive kat Melaka ni tunggu entry akan datang ye. InshaALLAH dayah akan sambung. Oh ye, minggu depan 9/9 kelas dah start! Dayah dah 4th year!!! Dah nak habis study, seminggu lepas dayah dah buat pemilihan untuk tajuk "Final Year Project (FYP)". Korang semua, tolong doakan kejayaan dayah ok? Thanks for reading, SalamAlaykum.


Next entry dayah akan cerita tentang jalan-jalan kat Melaka.
 Stay tuned ^_^