Tuesday, 15 November 2011

keistimewaan puasa sunat





assalamualaikum w.b.t
apa khabar semua? apa khabar iman kalian hari ini?? semoga bertambah cinta kepada yang Maha ESA. alhamdulillah hari ini masih bernafas lagi kita. masih mampu melihat dunia yang fana ini bukan.


Berbalik kita kepada tajuk, puasa sunat.. anda tahu apa itu puasa sunat?? saya yakin setelah puasa wajib 30 hari sempena Ramadan lepas, ramai yang suka untuk berpuasa lagi bukan. bagi kaum hawa pasti berlumba-lumba untuk melakukan puasa ganti bukan?? hehe.. mana tidaknya bukan semua kaum hawa bertuah untuk memperoleh 30 hari puasa yang cukup, hanya mereka yang bertuah sahaja dapat. tapi jangan kalian berasa sedih, kerana haid itu dipandang mulia disisi ALLAH. 


okay, bebalik kepada puasat sunat, kenapa tidak melakukan puasa sunat bukan?? sejak subuh sehingga maghrib kita beribadah kepada ALLAH dengan tidak makan, minum dan bercakap yang sia-sia. secara sedar dan tidak, kita berterusan beribadah kepada ALLAH.


memang puasa dapat menjaga kesihatan, bentuk badan dan juga bajet harian. namun hikmah-hikmah ini hendaklah diletakkan ke tepi, kerana niat atau tujuan kita berpuasa ialah beribadah kepada ALLAH demi mencari keredaan, pahala dan syurga-NYA.


sebenarnya terdapat beberapa peluang lain untuk kita berpuasa dan meraih keutamaan-keutamaanya. ia dinamakan puasa-puasa sunat dan dalam kolum ini saya akan berkongsi beberapa darinya.


puasa Isnin dan Khamis


diantara puasa-puasa sunat ialah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Rasulullah sentiasa berpuasa pada dua hari ini dan baginda bersabda tentangnya " Itu adalah dua hari yang dalam keduanya amal perbuatan diperlihatkan kepada RABB semesta alam, aku senang amalku diperlihatkan ketika aku sedang berpuasa.


puasa tiga hari setiap bulan


Rasulullah bersabda " berpuasalah tiga hari dalam sebulan keran kebaikannya akan dibalas dengan sepuluh kali lipat ganda dan itu seperti berpuasa sepanjang masa." tiga hari yang dimaksudkan ialah pada tarikh 13, 14 dan 15 setiap bulan. ia juga disebut sebagai " hari-hari putih". Abu Zar, salah seorang sahabat Rasulullah menerangkanb " Rasulullah menyuruh kami agar berpuasa tiga hari putih dalam sebulan; iaitu tanggal tiga belas, empat belas dan lima belas. "


puasa selang sehari


kepada yang suka untuk berpuasa lebih kerap, maka dia memiliki pilihan untuk berpuasa selang sehari. hari ini berpuasa, esok tidak puasa, lusa puasa, tulat tidak berpuasa dan demikianlah seterusnya. puasa sunat seperti ini juga dinamakan sebagai Puasa Nabi Daud. Rasulullah bersabda " puasa yang paling ALLAH cintai ialah puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. solat yang paling ALLAH sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur hingga pertengahan malam lalu bangun dan tidur lagi diakhir seperenam malamnya."


setakat ini dahulu perkongsian saya, nantikan sambungan tiga lagi jenis puasa sunat pada entri akan datang. InsyaALLAH, semoga dipermudahkan segala amalan kita. MARI BERPUASA SAHABAT?

No comments:

Post a Comment