BismillahirRahmaanirRahiim.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Taqwa sebenar bukanlah perkara lahiriah - Amal-amal soleh yang kita lakukan, yang boleh menghasilkan taqwa – iaitu apabila anggota zahir melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan -larangan-Nya. Namun, taqwa yang sebenar adalah apabila HATI DAPAT MENGHAYATI DAN MENYUKAI SEMUA AMALAN ITU – SUKA MELAKUKAN KEBAIKAN DAN SUKA MENINGGALKAN KEJAHATAN atas dasar mematuhi perintah Allah s.w.t.Dengan kata lain, Taqwa sebenar adalah apabila hati suka apa yang Allah suka dan benci apa yang Allah murka dan benci. Apabila melakukan amal soleh, terasa ringan dan seronok. Manakala menjauhi larangan-Nya bukan memaksa-maksa hati, maka ia adalah indikator kepada hadirnya taqwa di dalam hati atau apa yang di sebut ‘TAQWAL QULUB’.
Walaubagaimanapun ,’taqwa qulub’ tidak datang dengan sendiri melainkan perlu diusahakan. Mengusahakannya adalah dengan memperbanyakkan amal taqwa. Walaupun amal-amal itu sendiri tidak menjamin hadirnya taqwa di dalam hati. Amal tawqa itu tidak semestinya ‘taqwal qulub’. Melebihkan solat, melebihkan baca Quran, melebihkan sedekah, melebihkan qiyamulail, melebihkan solat berjemaah di masjid dan surau, melebihkan silaturrahim dan lain-lain lagi. Demikian juga melatih menahan marah, melatih bersyukur, melatih redha, melatih sifat-sifat terpuji (mahmudah) dan lain-lainnya – semua itu adalah usaha untuk mendapatkan taqwa di hati.
Namun untuk benar-benar seronok beramal dan meninggalkan perkara yang Allah larang, ia memerlukan hidayah dan Inayah – petunjuk dan pertolongan dari Allah s.w.t. Justru untuk mengusahakan ‘taqwal qulub’ (taqwa di hati), penting bagi kita untuk memohon kepada Allah s.w.t. agar Dia memberikan hidayah dan Inayah kepada kita dalam beramal. Antara hidayah dan Inayah dari Allah ialah kita diberi-Nya kefahaman akan Agama. Kita beramal atas dasar ilmu, bukan atas dasar ikut-ikutan. Kerana Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, nescaya dijadikan dia seorang yang beroleh kefahaman yang telitid dalam perkara Agama….” (H.R.Bukhari dan Muslim). Maka doa memohon hidayah dan pertolongan adalah antara doa-doa yang patut dipohonkan kepada Allah s.w.t.
Bekas atau wadah untuk taqwa adalah hati. HATI TIDAK DAPAT MENAMPUNG TAQWA APABILA IA KARAT DENGAN DOSA-DOSA. Anugerah taqwa terlalu tinggi dan Agung untuk Allah s.w.t. titipkan ke dalam hati yang bersalut kekotoran dosa. Oleh itu, memohon keampunan dari dosa-dosa adalah syarat untuk menyediakan hati supaya layak dititipkan dengan taqwa. HANYA HATI YANG BERSIH DARIPADA DOSA-DOSA YANG BOLEH MENCAPAI ‘TAQWAL QULUB’. Bekas yang kotor tidak layak untuk menampung barang yang berharga.
Namun begitu, diberi kekuatan untuk meneruskan amal-amal taqwa itu adalah indikator yang dapat dilihat secara zahir. Ada lagi indikator yang lebih tepat tetapi hanya dapat dirasai oleh Pemilik Hati – iaitu rasa sayang dan seronok kepada perintah-perintah Allah. Dengan kata lain, indikatornya adalah getaran dalam hati – apabila melaksanakan perintah Allah s.w.t. samada suka dan seronok atau masih memaksa-maksa hati…..sama-samalah kita CHECK HATI kita….
Wassalam.
No comments:
Post a Comment