:: Bila perbuatan sahabatmu melukakanmu, hapuskan luka itu dengan
zikrullah. Jangan kita kembali mencari kesalahan mereka, kerana
jika itu yang kita lakukan, tiada bezanya kita dengan mereka.
Biar
tali ukhuwah yang hampir terputus itu kita yang sambungkan.
Biarlah mereka seakan-akan cuba meleraikannya dengan prasangka
yang wujud dalam hati mereka. Anggaplah prasangka mereka sebagai
satu peringatan buat kita. Kita tak ada hak untuk marah pada
mereka. Orang yang bertaqwa ialah orang yang menahan amarahnya
dan memaafkan orang lain. Bila hilang kedua sifat itu dari diri
kita, ke mana hilangnya taqwa kita? Hidup ini biar positif.
Memang, luka itu mula-mulanya pedih..sehingga air mata pun boleh
mengalir. Tapi biarkan masa yang menyembuhkannya. Parutnya boleh
hilang jika kita pinta penawarnya daripada Allah :) ::
kita punya kesedaran itu..cuba utk menyedarkan sahabat tersebut..namun sahabat tersebut lansung tidak menunjukkan perubahan ke arah itu..bagaimana?
ReplyDeleteSabarlah diri dalam mendidik jiwa menjadi yang hamba yang bertakwa..insan itu diuji Allah sebagai tanda Allah syg pada hanbanya..DIA rindu nk dengar rintihan hamba-NYA..semoga sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan.
ReplyDeleteWallahu 'alam