assalamualaikum semua..
wow, hari ini terajin nak update blog..
okay, tajuk entri kali ini surah Yasin..
apa kebaikan surah yasin?? kini diriku giat untuk menghabiskan baca surah yasin sebanyak mungkin kalinya.. kenapa ye? entahlah tak tahu, rasa seronok baca surah yasin..boleh katakan setiap kali lepas asar surah yasin akan ku cari selain surah al-waqiah.. seronok baca dua surah ini!
seriously readers cuba kalian amalkan, sebab membaca surah yasin bukan setakat malam untuk jumaat.. so please jangan sempitkan fikiran kalian surah yasin hanya perlu dibaca masa malam jumaat, tiap-tiap hari pun boleh..
kalau kalian boleh dengar lagu tiap-tiap hari mengapa tidak surah yasin kan? jadi tujuan diriku menulis entri ini nak ajak kalian baca surah yasin sebenarnya.. "yasin" kalian tahu apa maksudnya?? semua orang tak tahu, ia tetap menjadi rahsia sehingga akhirat kelak.. then, marilah kita basahkan lidah dengan kalam ALLAH ini..
ini diriku nak share kelebihan surah yasin, dalam duduk gigih menyiapkan assignment.. boleh lagi search internet then mengupdate blog..haha, baikan.. mari kita kongsi..
- apabila orang lapar membaca yasin, ia boleh menjadi kenyang
- jika orang tiada pakaian maka boleh mendapat pakaian
- jika orang belum berkahwin maka akan mendapat jodoh
- jika berada dalam ketakutan maka akan hilang perasaan takut
- jika terpenjara maka akan dibebaskan
- jika musafir membacanya, maka akan dapat kesenangan apa yang ingin dilihatnya
- jika tersesat maka boleh berjumpa tempat yang ingin ditujuinya
- jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia maka ALLAH akan meringankan seksanya
- jika orang dahaga membacanya maka akan hilang rasa hausnya
- jika dibacakan kepada orang yang sakit, maka akan terhindar daripada penyakitnya
- Rasulullah bersabda " tiap sesuatu itu punyai hati, maka hati al-QURAN ialah Yasin. sesiapa yang membaca Yasin, nescaya ALLAH akan menulis pahalanya seperti membaca 10 kali al-QURAN".
- Rasulullah bersabda lagi"apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin,turunlah malaikat lain berbaris dengan malaikat Maut. mereka berdoa dan memnita dosanya diampunkan oleh ALLAH, menyasikan mayatnya dimandikan seterusnya bersama menyembahyangkan jenazanya".
- malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca surah Yasin sehingga datang malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaanya dan dimasukkan kedalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
- selanjutnya, Rasulullah bersabda lagi "sesiapa bersolat sunat dua rakaat pada malam jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah yasin dan rakaat kedua surah tabaroka. ALLAH menjadikan setiap huruf cahaya dihadapanya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalanya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
indahkan nikmat yang diberikan kepada sesiapa yang membaca surah Yasin?? jadi amalkan membaca surah yasin ye sahabat..
tamat sudah perkongsian hari ini, assalamualaikum kembali, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang! <3
hw
No comments:
Post a Comment