bahan-bahan
1 tin susu cair (ideal- dayah selalu guna ideal! sedap)
1 sudu gula (yang ini ikut selera, kalau suka manis boleh lebihkan sikit)
4 sudu besar tepung kastard
kek gulung( omputihnya swiss roll)
1 mangkuk air-- nak campur dengan tepung kastard
buah-buahan koktail (tapiskan sirap)
1 mangkuk air panas
1 peket agar-agar jeli (jenama Nona)
cara-cara
1. panaskan susu cair dengan gula. kecilkan api.
2. bancuhkan tepung kastard dengan air sejuk, campurkan ke dalam susu cair (atas api). kacau sampai pekat.
3.potong nipis-nipis swiss roll, kemudian susun dalam bekas. basahkan swiss roll dengan sirap buah-buahan koktail tadi. ala kadar je basahkan ok =D. kemudian tabur buah-buahan koktail ke dalam bekas tersebut. tuangkan kastard pekat tadi.
4. cairkan agar-agar jeli dengan air panas. kacau sehingga larut kemudian tuangkan dalam bekas yang berisi swiss roll dan kastard.
5. biarkan sehingga sejuk-- simpan dalam peti
6. boleh makan bersama cream + aiskrim vanilla (ikut nak rase ape ice cream tu)
sedapppp! selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment