Thursday, 10 November 2011

sayangi dan peluklah diri sendiri


assalamualaikum semua..
Alhamdulillah masih bernyawa kita pada tika dan saat ini bukan??
jadi mari saya bawa kalian renung-renungkan ayat ini..

" Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman "

mengertikah kalian dengan maksud ayat di atas??
sebenarnya saya mahu membawa kalian memahami hakikat sebuah kehidupan. Sedar atau tidak kita sibuk menelaah kelebihan orang lain, mengagumi kehebatan orang lain sehinggakan melupakan keistimewaan diri sendiri.

rakan-rakan cuba kalian tengok refleksi diri dalam cermin. Nampak siapa? Apa yang menariknya 'si dia' dalam cermin itu? Ada nampak cacat cela dan kekurangannya? Tahukah sahabat, individu dalam cermin itu memang cukup istimewa sebab dia diciptakan oleh ALLAH s.w.t - Pencipta semesta alam yang juga Amat istimewa - sebagai bukti keagunggan-Nya yang tiada terbatas. 




malangnya hari ini tak semua orang merasakan begitu. Takut melihat cermin, takut menerima hakikat. Wahai sahabat, ALLAH jadikan kita sebagai khalifah yang sangat hebat di muka bumi ini. Dijadikan untuk mentadbir alam semesta ini, mengapa perlu kita berasa rendah diri hanya kerana sedikit sahaja kekurangan diri kita?? mari kita lihat kembali, banyak sebab berlakunya perkara sebegini. Antara yang paling penting pengeluaran hormon yang membawa perubahan baligh; estrogen bagi remaja perempuan dan testosteron bagi remaja lelaki. 
Hendak meminta perhatian orang lain terasa malu bukan?? sebab sudah besar. Dalam masa yang sama, tidak pandai untuk mengawal perasaan yang berbuai dan beralun mengikut ombak emosi. Akibatnya, tersepitlah dalam zaman bergelora yang penuh pancaroba ini!

cuba lihat pada zaman kini, banyak lirik lagu kegemaran cuba menaikkan keyakinan dan menghargai diri remaja. Antaranya lirik 'Firework' oleh Katy Perry:

baby, you're a firework
come on, show them what you're worth
make them go.. oh!
as you shoot across the sky
baby you're a firework
come on, let your colors burst
make them go..oh!
you're gonna leave them falling down! 


sebenarnya, sebagai remaja muslim, kita tak perlu tercari-cari inspirasi untuk menjadi manusia yang hebat. Di dalam al-QURAN itu sendiri terlalu banyak ayat-ayat ALLAH yang menjadi motivasi motivasi agar manusia menyerlahkan potensi mereka, tanpa mengira usia, pangkat, keturunan dan salasilah keluarga.

Jika kalian bersedih kerana tiada siapa yang ambil peduli atau tiada tempat hendak mengadukan untung nasib, imgatlah ayat ke 186 surah al-BAQARAH 

" dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (MUHAMMAD) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku"

Janganlah bersedih lagi, sahabat! mari sama-sama belajar menyayangi diri kita sendiri lantaran ALLAH s.w.t sendiri amat menyayangi kita semua! renung-renungkan dan sayangi diri sahabat (^_^)v



No comments:

Post a Comment