Wednesday, 2 November 2011

Resah Seorang Khalifah

  

  TUBUHNYA dilabuhkan di atas bangku batu yang utuh. lelah badannya gugur sedikit setelah berehat di situ. Tiada pemandangan menarik setelah berehat di situ. Tiada pemandangan menarik yang di tatapnya. Fikirannya menerawang jauh. Jauh mengenangkan dirinya sebagai khalifah ALLAH.

  Khalifah. Jawatan yang amat berat untuk dipikul. dilepaskan tidak mungkin. Tuntutan melunaskannya berliku-liku, payah dan perlu berbekal tabah dan sabar. Ini adalah suratan hidup insan. Dihidupkan dan dimatikan diuji siapa yang paling baik amalan mereka.

  Namun hati insan yang begitu rapuh kadangkala tewas dengan perasaan dan pujukan dunia.

  Tugas khalifah seakan-akan mahu ditinggalkan. Mahu bebas, lepas, terbang meninggalkan beban yang terlalu berat untuk digalas. Mana mungkin diri yang terlalu kerdil dan lemah tega menjunjung tugas peninggalan para anbiya dan rasul pilihan sedangkan gunung yang kuat memasak bumi menolak jawatan ini.

  Setiap saat dan waktu diri ini menagih sebuah momentum sebagai penguat diri dan pengukuhan jiwa. Hanya ayat ALLAH dan bingkisan daripada Rasul-Mu yang mampu menghapus resah di hati. Ingatlah duhai insan yang diciptakan! Hidup dan mati di dunia ini tidak sia-sia. Hayat ini dipinjamkan untuk menghimpun bekal bagi mengecap bahagia dikemudian hari. ALLAH sebenarnya tidak zalim membiarkan kita terumbang ambing tanpa panduan.

  ALLAH sangat menyayangi kita. Buktinya, hayat kita ketika di dunia disediakan bekalan dan panduan untuk meniti hidup. Selidik dan selongkarlah isinya pasti dirimu akan menemui jalan petunjuk dan hidayah. Jalan yang dapat menghilangkan resah di hati dan gundah di jiwa. Tiada ketenangan yang dapat didakap melainkan ketenangan jiwa yang diiringi ingatan yang tulus ikhlas kepada ALLAH.
sumber: Gen-Q

No comments:

Post a Comment