Entry kali ni dayah nak cerita tentang "Intership". Apa tu intership? Intership tu adalah latihan industri atau dalam kata lain praktikal. Ada juga orang panggil "training". Di UniMAP, student tahun 3 akan melakukan intership pada akhir semester kedua. Apa yang dorang ni kena buat? First, student akan hadirkan diri ke taklimat latihan industri (l.i). Dalam taklimat tu, koordinator akan brief sedikit sebanyak tentang buku log, resume,borang intra, borang maklum balas, dan report. Next, student akan hadir ke talk latihan industri. Di sini pihak UniMAP akan menjemput beberapa orang panel dan senior-senior yang telah menjalani praktikal berkongsi pandangan, pendapat dan menceritakan pengalaman mereka. Disamping itu, student juga didedahkan cara untuk berinteraksi dan menjadi pekerja yang lebih baik. Wahhh, bunyi kemain lagi kau! hihi . Seterusnya koordinator akan "upload" senarai nama company berserta nombor telefon untuk dihubungi. selain itu, student boleh usaha cari sendiri tempat intership yang dorang suka!. Time tu semua dah sibuk siapkan resume memasing.Siap menampal gambar yang sehabis skema senyum macam kambing berlatar belakang papan biru. kheeelas gituuuu ^_^. Maka sesi telefon menelefon pakcik makcik kat semua company pilihan bermula, top up kredit bukan main banyak. Mana taknya, kalau jenis syarikat yang pakai operator caj panggilannya ya ampun, mahal!!
Pendek cerita, dayah dapat intership di JKMM. Apa tu? Kat mana tu?? JKMM stands for Jabatan Ketua Menteri Melaka. Maknanya kat MELAKA Bandar Bersejarah lah. Oh ya, bukan dayah sorang tau kat sini. Ada 3 orang lagi kengkawan dayah yang intern setempat. Taklah rasa awkward sangat kan? Mesti ada yang cakap, mak ai jauh kemain dayah mintak tempat praktikal. Bukan apa nyah oi, dayah dah banyak apply kat Kuantan tapi satu pun tak dapat. Sedih, sadis nak nangis guling-guling rasanya bila tahu kena reject application kat Kuantan! Mula fikir entah apa-apa time tu.
Mila. Dayah. Pika |
First time jejakkan kaki kat Pantai Tanjung Bidara. Kilang TBE tu dekat dengan pantai ni dan Pengkalan Balak |
Next entry dayah akan cerita tentang jalan-jalan kat Melaka. Stay tuned ^_^ |