SalamAlayKum..
Alhamdulillah, hari ini
(21/12/12) berakhirnya kuliah untuk semester1 tahun 3. Banyak sangat cabaran,
ujian sepanjang semester ini. Dan juga banyak sangan kenangan manis, kenangan
pahit yang tak mungkin aku lupakan.
Bermula dengan PPMS,
seterusnya watikah perlantikan MPKK, dan last sekali IMT-GT 14th. Ppms &
MPKK tu aku dah cerita kan? So aku beralih cerita sikit pasal IMT-GT. Sebenarnya
program ini gabungan 3 negara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. So, time
tu aku jadi L.O ( Lison Officer ) untuk Prince Songkla University (PSU). Time ni
kena speaking. Apa merumitkan aku, rupa- rupanya nak bercakap dengan orang luar
ini susah. Mana taknya, korang kena betul-betul faham apa yang dorang cuba nak sampaikan, bayangkan nak pergi mall
or kedai contohnya macam kat Kangar or Changlun siap dengan tangan bagai nak
explain. Ditambah dengan campur aduk bahasa (English + lohgat Thai) memang buat
aku kompius. But nice, Uni yang aku jaga ni awek-awek thai yang cun dan
peramah. Kebanyakkan mereka yang datang ni sebaya aku and kalau the advisor tu
barulah lebih tua sikit dari aku.
Program tu berjalan
selama seminggu, mula dari 30 November sampailah 4 Disember 2012. Dalam program
tu terbahagi kepada seminar, sukan, dan kebudayaan. Kira macam pertukaran idea,
pendapat, dan budaya. Tahun lepas program ini kat Indonesia, then tahun ini
Malaysia jadi tuan rumah. Tempat berlansung program ini kat UniMAP, sekitar
kampus tetap Pauh Putra. Part aku ialah aku incharge untuk Uni yang ambil
bahagian dalam seminar saja.
Dalam jadual program,
kami adalah kena bawak depa ni pergi Muzium Padi, Pekan Rabu dan Pusat Sains. Tahu
tak dekat mana? Kat Kedah je pun, start dari pagi sampailah ke petang harinya. Sangat
– sangat penattttttt! Tapi seronok, bolehlah aku berjalan =) cuci-cuci mata
kan? Hihi.. tu jelah aku nak cerita pasal IMT-GT 14th. So next year,
Thailand will be the representative. Sampai ketemu ya! Take a look on this
picture below =)
Muzium Padi yg unik! |
aku tak bayar pun, semua free. saja nunjuk tiket! hihi |
its gorgeous! |
IMT-GT 14th =) |
Next, program ialah “
Fruitty Party” yang berlansung kat PPK Bioproses pada 19 Disember 2012. Sebenarnya nama program ini " Gathering for Us" , tapi aku tak tahu masa tok kaduk bila si Najeeb tukar nama. dah tu tak bagitahu aku pulak tu! grrr, but its ok lah. yang penting program berjalan dengan lancar hendaknya =). Kira ini
last program dari aku dan rakan-rakan MT (Majlis Tertinggi) PPK Bioproses yang
lain. So what’s going on? Hari itu, start dari pagi sampailah ke petang hari. Aku
memang tak duduk diam, aku, Wani dan Najeeb. Pagi-pagi dah kena datang Dragon,
set up tempat untuk program. Kami 3 oranglah duk mengangkat-angkat segala jenis
meja dan kerusi. Berat kot! Then kemas-kemas bagi cantik-cantik sikit meja tu,
macam tak rupa meja dah. Perempuan biasalah, nak Nampak cantik je kan semua
benda? Semua dah siap set up, then tunggu barang-barang sampai. Dalam lab
Process Instrument dah menyucuk-nyucuk ( bahasa hape benda nih? ) bau si duri
Durian. Huuu pening aku! Aku dengan Wani, toksah cakap duk ke hulu ke hilir
cari barang, siapkan boring, apa lagi banyaklah kami siapkan. Person incharge
tak ada! Ko bayangkan masa tu, penat sangat kitaorang.
Program tu start pukul
2-6 petang. Tapi dah pukul 2, still tak Nampak students berkumpul. Buat-buat
tak tahu, tapi dalam hati aku dah buat hebahan dalam FB school kan?? Dah tampal
memo kat library kan? Dah acane ni, tak ada orang? Nampak je cool, tapi dalam
hati dah kelam kabut. Tapi still aku buat rilex paotong-potong buah. Nak buat
rojak! Si Wani pulak hari tu, suka sangat derma darah. Aku tak tahulah kenapa,
jari dia dua-dua belah tangan luka kena pisau, darah tak berhenti! Menitik –nitik
atas lantai, ya RABB (geleng-geleng
kepala).
Kerja tak
berhenti-henti datang, asyik kena kupas buah, kena make sure makanan students
cukup, kena kemas meja yang bersepah. Hai penat dah ni wei! Cepatlah pukul 6,
tak larat dah aku ni.
Hari tu memang best, mulut
aku ni tak berhenti mengunyah. Sampai Fatin tanya aku,
Fatin: “ Dayah tak
makan lagi ke hari ni? ( maksud dia, before program start)”
Aku : “ Eh, dah
makanlah Fatin. Kenapa? “
Fatin : “ Tak Fatin
tengok Dayah macam tak makan lagi (ayat lapik, padahal nak cakap aku kebulur
kan? ) HAHA..
Aku : “ Bukanlah, dayah
excited tengok banyak sangat makanan. Tu yang berhenti lagi makan dari tadi)
I see, muka aku masa tu
Nampak jakun ek? Haha, alah dah makan free. Ape lagi? Kita bedal jelah
kan?hihi.. serius hari tu banyak sangat buah, sampai tak cukup ruang dah dalam
mulut ni nak sumbat makanan mana satu, dengan mee, bihun, kuey teow goreng,
sosej dan segala benda. Mana aku tak tempting kan?? Ce kabo sikit, haaaa.. hihi
tak termasuk buah-buah lagi. Durian bergolek-golek atas meja, tapi aku makan 2
3 ulas je. Sebab tak minat durian rasa macam tu, durian kat Kuantan jugak tetap
menjadi pujaan hati! Pendek cerita, time tu ade slot kena cipta maskot dari
bahan terbuang. So , engineer- engineer ni ape lagi! Memang kreatif, kelakar,
macam tak logic pun ada ciptaan mereka! Kalau korang tak percaya, nanti tengok
gambar-gambar kat bawah. Ada jugak slot ukir buah tembikai, cantik dan menarik.
Rupanya berseni jugak ye si engineer =).
Ok panjang lebar entri ni, penat
menaip, penat membaca. Fairlah kan? Sempena nak dekat-dekat final ini, aku nak
mintak maaf banyak-banyak kalau aku ada buat silap or salah or guris-guris hati
ke. 0-0 lah ye! Paper first aku start 8/1/13 till 17/1/13. Do pray for me ye
sahabat sahabiah sekalian! Jaga diri & iman baik-baik. Bye =)